Sabtu, 8 April 2017

Punca Haid Tidak Teratur


Punca haid tidak datang selalunya adalah disebabkan kehamilan. Orang yang mengandung dalam situasi normal tidak akan mengalami haid sehingga habis tempoh mengandung@bersalin. Melainkan kalau ada masalah semasa mengandung, pendarahan boleh berlaku.

Ibu yang menyusukan anak juga walaupun tak semua, tapi ramai ibu yang tak datang period sepanjang tempoh menyusukan anak. Ini juga selalunya adalah normal.

Tetapi, selain dua sebab diatas, ada banyak punca kenapa masalah haidtidak teratur ini berlaku. Ada yang serius ada yang tak. Ada yang perlu dirawat dengan rawatan pakar perubatan. 

Ada juga yang boleh dipulihkan dengan pertolongan ubat atau nutrien tertentu ataupun hanya dengan mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat.

Tapi apa punca sebenar yang menyebabkan period tidak stabil ne ?
  1. Penambahan berat badan secara mendadak ataupun penurunan berat badan secara mendadak. Obesiti juga bleh menyumbang kepada masalah menstruasi/haid.
  2. Penyakit gangguan makanan seperti Anorexia Nervosa atau Bulimia Nervosa.
  3. Pertambahan rutin senaman. Sangat selalu berlaku dikalangan atlet sukan.
  4. Tekanan emosi disebabkan masalah peribadi dan sebagainya.
  5. Kesakitan atau mengalami penyakit seperti kanser.
  6. Perjalanan jauh,\. Terutamanya yang memakan masa panjang, perlu menghadapi perubahan persekitaran, perubahan zon waktu dan sebagainya.
  7. Pengambila ubat. Contohnya : Pil perancang kehamilan.
  8. Masalah hormon.
  9. Penggunaan dadah.
  10. Masalah pada organ pelvik seperti imperforate hymen (tiada lubnag pembukaan faraj yang menyebabkan haid tidak dapat keluar), polycystic ovary syndrome ataupun PCOS (masalah ketidakstabilan hormon yang menganggu ovulasi), asherman's syndrome (masalah pada dinding uterus) ataupun uterine fibroid (ketumbuhan dalam rahim).
Jika anda berasa tidak selesa dengan haid yang tidak teratur, anda boleh mencuba suppplemen atau berjumpa dengan doktor untuk mengetahui masalah haid anda.

Boleh hubungi saya Jesnah Joseph (0148645784) untuk dapatkan supplemen GLA COMPLEX SHAKLEE.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan