Khamis, 30 Mac 2017

6 Cara Berjimat Kalau Nak Melancong Dalam Negara


Dengan beban kos sara hidup yang makin melambung tinggi, saya kira ramai yang banyak menangguh perancangan untuk bercuti baik dalam mahupun luar negara. Namun, sekiranya anda masih mahu meneruskan niat itu, apa kata tengok 6 tips berjimat kalau nak melancong di dalam negara.
#1 Cari tempat pelancongan yang kurang popular tetapi tetap menarik.
Apa nak buat, andai kata anda perlu juga pergi bercuti pada musim cuti penggal sekolah juga, apa kata beralih angin ke tempat menarik di Malaysia yang kurang popular.

Sebenarnya banyak tempat menarik di Malaysia yang underrated tetapi boleh dikatakan destinasi yang sesuai untuk bercuti.

Percutian ke Pulau ? – Kalau sebut pasal bercuti ke pulau, memang tiada tempat lain yang bermain di benak fikiran kita samaada Langkawi, Pangkor, Redang dan Tioman. Memang benar pulau ini cantik tapi ada lagi pulau-pulau lain yang kurang popular tetapi tetap juga cantik seperti:
-Pulau-pulau di Terengganu
-Pulau-pulau di Johor
-Pulau di Sabah
#2 Pergi bercuti pada bukan masa cuti sekolah/peak season.
Seperti yang tersedia maklum, setiap kali cuti penggal sekolah je mesti berduyun-duyun orang berkeluarga nak pergi bercuti. Sebenarnya waktu-waktu sebegini ada kelemahan dia kerana:
  • Harga penginapan hotel lebih mahal daripada hari-hari biasa
  • Harga tiket penerbangan juga melambung tinggi. Tambah-tambah kalau booking last minute.
  • Super duper traffic jam dan semak dengan kenderaan di jalan raya.
  • Kena beratur panjang gila kalau nak lakukan aktiviti pelancongan, contohnya kalau nak naik kereta kabel di Pulau Langkawi, boleh tumbuh janggut jawabnya menunggu giliran.
Jadi kesimpulannya, sama ada anda susah nak ambil cuti atau tidak, disarankan sangat-sangat untuk pergi pada hari-hari biasa. Simpan cuti tahunan untuk bercuti dengan keluarga pada bukan musim percutian penggal atau musim kemuncak.
#3 Beli secara online tiket penerbangan selepas waktu malam pada weekday.
Tips ini saya sendiri pernah alami ketika membeli tiket pada lewat malam sekitar pukul 1 pagi tetapi pada waktu itu terfikir, “eh kenapa harga macam murah pulak? semalam macam mahal sedikit. “
Pada awalnya rasa macam “mungkin aku salah lihat kot”, rupa-rupanya memang harga dia jatuh selepas lewat malam. Namun atas nasiblah, kawan-kawan pun ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama ketika membeli tiket online pada waktu lewat malam.

Beli tiket pada hari weekday kerana pada hujung minggu biasanya harga lebih mahal. Kalau anda selalu guna portal Air Asia, mereka ada kemudahan filter untuk mencari tiket yang murah pada hari-hari tertentu.
#4 Clearkan ‘cookies’ di browser internet anda.
Sekiranya anda sering menggunakan sesuatu platform online untuk membuat survey dan mencari tiket penerbangan, sila clear cookies terlebih dahulu sebelum membuat tempahan tiket.
Seperti juga enjin carian Google atau Yahoo, Cookies digunakan oleh apa-apa syarikat yang ada enjin carian untuk melihat sejarah pencarian anda. Jadi, semakin banyak anda membuat carian di search engine mereka, lagi mudah mereka nak naikkan harga tiket.

Untuk clearkan cookies anda boleh menggunakan aplikasi percuma seperti CCleaner. Cara keduanya adalah dengan login dengan menggunakan icognito window di browser anda samaada di Chrome atau Firefox.
#5 Tempah penginapan awal lebih jimat.

Seperti yang tersedia maklum, kalau anda tempah penginapan lebih awal, harga yang ditawarkan kebiasaannya lebih murah. Salah satu tempat terbaik untuk mencari penginapan dan offer hotel murah adalah di Agoda dan juga Booking. 

Alternatif kedua adalah menggunakan Airbnb. Airbnb ini merupakan platform antarabangsa untuk mencari rumah homestay. Namun harus diingatkan, pemilik adalah orang biasa dan bukannya mahir dalam urusan perhotelan.
#6 Lakukan aktiviti percutian yang FREE.
Di setiap destinasi pelancongan yang anda lawati, semestinya ada sesuatu tempat menarik yang tidak memerlukan kos langsung. Dan kebanyakan destinasi percutian yang free ini lebih tertumpu kepada kawasan rekreasi seperti pantai, taman rekreasi, taman awam, pesta budaya, air terjun dan juga galeri-galeri awam.

Sila semak di ruangan menu tempat-tempat menarik di setiap negeri di blog ini dan buat kajian sendiri destinasi rekreasi yang percuma yang boleh anda lakukan kelak.

Tips untuk berjimat dengan Airbnb: Sebelum menempah melalui Airbnb, sila PM host tersebut dan mintak diskaun. Kebiasaannya kalau anda seorang yang genuine, mesra dan mempunyai reputasi yang bagus, host tanpa segan silu akan beri diskaun.
Semoga 6 tips bercuti di dalam negara ini akan memberi anda idea apa yang perlukan dilakukan untuk meminimakan pembelanjaan tetapi mendapat kepuasan yang maksima.
#JomMelancong ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan