Sabtu, 11 Mac 2017

Cara Lebatkan Rambut Bayi

Selamat petang semua, entri kali ne mahu cerita tips macamana untuk lebatkan rambut baby yang lahir dengan rambut yang nipis.. heheh kalau bay perempuan mestilah mommy-mommy mahu rambut mereka lebat kan ? suapaya senang mahu diikat dan digayakan .. Ok sini ada beberapa tips yang korang boleh cuba ..

1. Buah keras


  • Goreng buah keras tanpa minyak sehingga minyaknya keluar sendiri. Kemudian tumbuk buah keras dan sapukan pada rambut bayi. Biarkan beberapa saat supaya minyak buah keras meresap kedalam kulit kepala bayi. Kemudian, bilas rambut anak dengan air bersih. Lakukan dengan kerap untuk mendapatkan hasil yang berkesan.
2. Minyak Zaitun

  • Minyak zaitun juga dapat membantu menghitam dan melebatkan rambut bayi.
3. Kacang Hijau

  • Kacang hijau merupakan makanan sumber protein yang sangat baik bagi tubuh. Untuk melebatkan dan menghitamkan rambut pada anak, caranya rebus kacang hijau dan berikan pada bayi sebagai minuman ( sesuai untuk bayi yang berusia 6 bulan keatas sahaja). Minuman kacang hijau ini juga sangat baik untuk membantu pertumbuhan rambut bayi dan menghaluskan kulitnya.
4. Air Kelapa

  • Kita sedia maklum kebaikan air kelapa untuk kesihatan tubuh badan. Kandungan antioksidan pada air kelapa mampu menjadikan badan lebih sihat dan mencegah pelbagai penyakit. Selain itu, air kelapa juga bagus untuk rambut. Gunakan air kelapa untuk mencuci rambut dan kulit kepala anak anda. Lakukan secara rutin setiap pagi dan petang. Hasilnya, rambut anak akan lebih lebat dan hitam.
5. Lidah Buaya

  • Lidah buaya sememangnya tidak asing lagi untuk merawat rambut supaya lebih lebat dan hitam berkilau. Gunakan sel lidah buaya pada rambut dan kulit kepala anak. Sapukan setiap hari di rambut anak anda, kemudian bilas dengan air dan syampu. Cara ini cukup efektif untuk menyuburkan dan menghitamkan rambut anak anda ..
Jadi ibu-ibu boleh lah cuba tips ini untuk lebatkan rambut anak anda yaa ^_*.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan