Khamis, 30 Mac 2017

Tips Atasi Masalah Rambut Gugur

Keguguran rambut adalah masalah normal bagi setiap wanita, tak kisahlah yang masih dara atau sudah pun beranak-pinak, kita semua tak pernah lari dari 'dilema wanita' ini.

Tidak dinafikan ramai sanggup melabur wang dengan jumlah yang besar semata-mata untuk membeli produk syampu mahal, tonik rambut, pergi membuat rawatan di salun namun masih lagi tidak dapat menyelesaikan masalah rambut gugur ini. Apakah masalah ini ada kaitan dengan cara penjagaan rambut ?

Walau apapun tak perlu risau kerana harini saya akan berkongsi tips bagaimana anda boleh mengurangkan seterusnya menghalang masalah ini dari terus menghantui diri.

#1 Jangan Kerap Sikat Rambut
Please! Kalau dah tahu rambut senang gugur, jangan sikat rambut. Jika hendak sikat rambut pastikan jangan merentap rambut terlalu kuat.

Cara menyikat : Genggam sebahagian rambut lalu pegang dibahagian tengahnya dan sikat penghujungnya dahulu, barulah kemudian sikat dari bahagian kulit kepala ke bahagian tengah.

#2 Guna Sikat Bergigi Jarang

Disebabkan rambut mudah gugur dan rapuh, cuba cari sikat bergigi jarang. Dengan cara itu, ia tidak akan menarik rambut sepenuhnya seperti mana sikat normal.

#3 Hilangkan Kusut Rambut Sebelum Syampu
Ini penting! Sebelum cuci rambut, pastikan ia disisir terlebih dahulu agar kekusutan pada rambut menjadi rapi kembali. Jika anda memakai syampu sewaktu rambut kusut, risiko untuk lebih banyak rambut gugur adalah tinggi.

#4 Tocang Rambut Sebelum Tidur

Ini adalah tips istimewa! Orang kata tak elok ikat rambut ketika tidur, tetapi fakta itu sebenarnya salah !

Sebelum tidur,tocangkan rambut dan tarik penghujungya ke tepi leher. Cara ini dapat mengelak rambut gugur banyak saat kepala berlaga dengan bantal malah rambut tak kusut lngsng lepas bangun tidur :)

Hasilnya, masalah keguguran rambut akan tidak seteruk dulu. Semakin kurang helaian rambut bersepah dilantai bilik. Tak percaya cubalah!

#5 Makan Makanan Tinggi Protein

Ikan, kekacang seperti soya dan daging adalah sumber makanan tinggi protein. Ini kerana kebanyakan makanan yang mengandungi protein turut ditemani faedah B-12 yang baik untuk kekuatan dan pertumbuhan rambut.

#6 Berhenti Guna Haba Pada Rambut

Haba akan mengeringkan tekstur rambut. Jika terdesak sekalipun, elak keringkan rambut guna mesin pengering rambut. Haba panas akan buat akar rambut lemah dan boleh mematahkan rambut. Biar sahaja rambut kering dengn sendrinya.

Buat mereka yang suka menggulung rambut, guna sahaja alat roller plastik.

#7 Berhenti Warnakan Rambut

Pewarna rambut tentunya mengandungi bahan kimia dimana ia kemudian menyerap kedalam helaian rambut sehingga ke akar. Bahaya untuk kesihatan rambut.

Lebih-lebih lagi jika anda mahu menukar warna rambut, ketika itu tukang rambut akan menggunakan sejenis kimia penanggal untuk proses 'bleaching'.

#8 Minum Banyak Air Putih

Minum empat hingga lapan gelas sehari akan menyalur kelembapan pada rambut, malah menggalakkan rambut supaya cepat tumbuh!

#9 Pakai Minyak Kuatkan Rambut

Gunakan minyak natural seperti minyak kelapa atau argan untuk disapu pada kulit kepala mahupun keseluruhan helaian rambut. Tak perlu banyak. Cukup lima hingga tujuh titis minyak untuk disapu rata ke seleuruh bahagian kepala. Manfaanya untuk pulihkan kerapuhan rambut, kurangkan kekusutan serta jadikan rambut bersinar dan tebal.

#10 Jangan Ikat Terlalu Ketat

Gunakan getah lembut seperti getah yang diperbuat daripada fabrik baldu. Harus diingatkan juga, sanggul tersebut jangan diikat terlalu kuat@ketat, jarakkan sedikit ikatan getah dengan kulit kepala supaya ikatan tersebut tidak akan menarik bahagian akar rambut sehingga membuatkannya emah.

Jika anda berada dirumah, saya sarankan anda guna sahaja klip cengkam ini untuk mengikat rambut.

#11 Cuci Rambut Selang 4-7 Hari

Cuci rambut setiap hari sebenarnya tidak sihat. Sila cuci empat hingga tujuh hari sekali kerana mencuci rambut dengan kerap akan membuat keadaan kepala dan rambut jadi terjejas dimana syampu akan menarik keluar minyak semulajadi yang dihasilkan kulit kepala. Ingat! Syampu pada bahagian kulit kepala sahaja tau. Elak menggosok syampu pada helaian rambut.

Untuk rambut yang berminyak, cuba guna syampu keringkan rambut kerana taktik ini lebih berkesan berbanding menggunakan air kerana rambut akan lebih banyak gugur.

Selamat mencuba tips-tips yang saya berikan ^_* .. Boleh dishare untuk kebaikan bersama :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan