Isnin, 6 Mac 2017

Buah Pinggang Bocor

Pernah dengar tentang penyakit buah pinggang bocor ? Kalau tidak. harini saya akan terangkan serba sedikit tentang penyakit ini .. Setiap manusia mempunyai dua biji buah pinggang atau lebih dikenali dengan ginjal ..

Buah pinggang mempunyai beberapa peranan dalam tubuh kita .. Antaranya ialah mengekalkan imbangan homeostatik cecair badan dengan penapisan dan penyingkiran metabolit ( seperti urea ) dan galian lain dari darah lalu menyingkirkannya bersama air , ini lah mengapa kita ada membuang air kecil ..

Jika korang tidak beberapa memahami ayat-ayat diatas kerana saya menggunakan ayat sains, saya akan cuba terangkan dengan bahasa lebih mudah .. Buah pinggang ini adalah organ penting yang mempunyai banyak fungsi, buah pinggang akan memastikan tubuh kita bersih dari sebarang toksin. Buah pinggang juga adalah  untuk mengimbangi bahan kimia yang berbeza di dalam tubuh. Satu lagi, buah pinggang ini menjaga tekanan darah dan juga jumlah sel darah merah..

Tanda-tanda Seseorang Itu Menghidap Penyakit Buah Pinggang .

1. Perubahan dalam pembuangan air kencing.
-Selalunya orang yang mempunyai kekerapan membuang air kecil merupakan susupek ada masalah buah pinggang .. AWAS ! Jika anda menghadapai kencing berbuih dan berdarah itu adalah salah satu simptom yang amat jelas bahawa anda memiliki masalah buah pinggang .

2. Keletihan melampau sepanjang masa
-Buah pinggang yang gagal berfungsi tidak akan dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Tanda penghasilan sel darah merah yang tidak mencukupi boleh menyebabkan anemia dan akibatnya boleh mengalami keletihan yang melampau alaupun tidak melakukan apa-apa pekerjaan.

3. Pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan
-Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan daripada badan dan akan berlaku kejadian yang sebaliknya jika buah pinggang anda gagal berfungsi.

4. Mengalami ruam dan kegatalan
-Buah pinggang yang gagal berfungsi akan gagal untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan daripada tubuh dan akan menyebabkan anda mengalami masalah kegatalan pada badan yang teruk.

5. Merasa seakan-akan ada logam dalam mulut
-Ini salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Rasa logam ini berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan didalam darah. 

6. Alami loya dan muntah-muntah 
-Rasa loya ini juga disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan didalam darah.

7. Berasa sejuk sepanjang masa 
-Siapa yang pernah mengalami anemia mungkin tahu bagaimana rasanya berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam keadaan cuaca yang sangat panas.

8. Kesukaran untuk bernafas
-Ini tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.

9. Berasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah
-Ini adalah tempat terletaknya buah pinggang manusia. Beberapa bentuk penyakit buah pinggang boleh menyebabkan ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.

10. Kerap berasa pening kepala
-Puncanya daripada anemia yang mengakibatkan kekurangan oksigen didalam otak.

Ok ini semua tanda-tanda awal penyakit buah pinggang . Sekiranya anda ada simptom-simptom di atas , macamana cara untuk mencegahnya ? 

Langkah Awal Mengesan Masalah Buah Pinggang 

-Cara terbaik ialah dengan melakukan pemeriksaan darah iaitu melalui pemeriksaan fungsi ginjal ( renal function test ). Pemeriksaan ini murah dan boleh dilakukan dimana-mana klinik swasta untuk mengesan tanda awal kerosakkan buah pinggang atau ginjal.

Rawatan Buah Pinggang Bocor 

1. Ubat steroid iaitu prednisolone diberikan mengikut berat badan sehingga tiada protein didalam air kencing. Kemudia, dos ubat ini akan dikurangkan.

2. Jika muka dan badan bengkak air sehingga boleh mengancam nyawa , maka diuretics atau ubat kencing akan diberikan mengikut kes-kes dan berhati-hati.

3. Protein Albumin akan dimasukkan kedalam salur darah untuk meningkatkan albumin didalam darah dan hanya diberikan kecuali didalam kes-kes tertentu. Pada kebiasaanya ia tidak diberi.

4. Antibiotik akan diberikan sekiranya terdapat jangkitan.

Selain rawatan diatas ada satu lagi rawatan lain yang anda boleh lakukan .

Jadi, anda semua haruslah ingat ada pepatah melayu mengatakan " mencegah adalah lebih baik daripada merawat ". 

Ada satu suplemen yang digelar sirap merah dikatakan mampu mengembalikan buah pinggang agar berfungsi. Ia digelar vivix Shaklee.. Mari kita lihat bagaimana vivix merawat pesakit buah pinggang ..

Mengikut kajian, resveratrol membantu pesakit buah pinggang melalui 6 cara :

# Antioksidan : Mengurangkan tekanan oksidatif pada sel nephron buah pinggng dan mengelakkan berlaku kerosakan yang lebih teruk pada saraf buah pinggang.

# Meningkatkan struktur dan bentuk buah pinggang yang normal .

# Mengurangkan penggumpalan platlet pada buah pinggang.

# Mengembangkan salur darah pada buah pinggang .

# Mengurangkan proses lipid peroksida.

# Mengurangkan kematian sel saraf buah pinggang. 

Testimoni Pesakit Buah Pinggang .





Vivix shaklee adalah supplemen yang semulajadi selamat dan berkesan. Ikhtiar untuk membantu mengembalikan kesihatan buah pinggang. Pengambilan yang konsisten serta makanan berkhasiat, dan senaman mungkin boleh membantu .

Sekiranya anda salah seorang yang bermasalah buah pinggang bocor, saya sarankan anda mencuba vivix shaklee ini sekarang . Boleh hubungi saya Jesnah Joseph ( 0148645784 ) untuk mendapatkan konsultasi dan info lanjut mengenai vivix , atau anda juga boleh membuat belian secara online dengan hanya klik link dibawah ..

                                                  "Beli vivix sekarang"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan