Sabtu, 11 Mac 2017

Kesan Dan Akibat Jika Tidak Berpantang

Amalan berpantang selepas bersalin sangat sinonim dengan masyarakat melayu turun temurun lagi. Tempoh normal berpantang adalah 44 hari sahaja, akan tetapi ada yang berpantang selama 60 hari dan 100 hari.

Bukan masyarakat melayu sahaja yang ada tempoh berpantang ini, masyarakat lain turut mempunyai amalan berpantang mengikut cara mereka sendiri. Tetapi generasi muda zaman moden sekarang ini ramai yang tidak mengamalkan pantang selepas bersalin ..

Jadi harini saya kongsikan Kesan dan akibat apabila "Tidak Berpantang" selepas bersalin .

#1 Rahim Jatuh

Prolapse Rahim adalah satu keadaan dimana rahim jatuh kebawah dan kadang kala terkeluar dari saluran faraj. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh ligament dan otot yang biasanya memegang rahim pada kedudukkan asal menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran. Justeru itu, rahim seakan-akan melorot kebawah melalui saluran faraj.


Keadaan ini merangkumi beberapa peringkat:-

  • Peringkat awal ia hanya jatuh sedikit dari kedudukan biasa.
  • Peringkat kedua, dimana pintu rahim jatuh sampai ke permukaan faraj.
  • Peringkat ketiga, yang angat teruk ialah apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran dan permukaan faraj, keadaan ini biasanya digelar "tombong".

#2 Gangguan Kencing

Ramai wanita yang mengalami masalah kekenduran rahim atau prolapse akan menghadapi masalah kencing seperti dibawah :-
  • kerap kencing.
  • Sakit ketika nak kencing.
  • Kencing yang tak terkawal khususnya semasa batuk, ketawa yang kuat ini dipanggil ( Stress Incontincence)
Keadaan ini menyusahkan dan menganggu tugas harian khususnya dalam menjalankan amalan ibadah. 

#3 Gangguan Hubungan Kelamin


Oleh kerana berlakunya kelonggaran pada faraj khususnya pada otot yang memegang faraj yang dipanggil Pelvic Floor Muscle, maka kekuatannya untuk mencengkam atau mencengkang atau mengemut dalam hubungan seksual mugkin terganggu. Ini menyebabkan kepuasan dan kenikmatan seks, khususnya kepada sang suami kurang puas & tak menyeronokkan. Ramai wanita serta suami mengadu tentang kurang nikmat dan tidak puas ketika melakukan hubungan seks setelah melahirkan anak. Perkara ini berpunca dari pelbagai faktor tetapi diantaranya ialah kekenduran atau kelemahn otot disekeliling faraj.

#5 Sakit Pinggang Dan Tidak Selesa Dibahagian Sulit Wanita

Gangguan lain yang boleh timbul akibat daripada Prolapse rahim ialah rasa tidak selesa dibahagian sulit, kerana sesuatu benda iaitu rahim terkeluar daripada faraj. Ini berlaku ketika berdiri atau banyak berjalan. Oleh sebab rahim jatuh ia menarik otot dan sering kali urat dibahagia pinggang juga akan tertarik menyebabkan ramai wanita mengadu sakit pinggang.

#6 Gangguan Kesihatan

Dalam kes prolapse yang teruk atau peringkat ketiga dimana keseluruhan rahim terkeluar, seringkali pintu rahim tergesel pada seluar dalam dan menyebabkan luka atau erosion. Luka ini seringkali dijangkiti kuman dan menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak. Dalam jangka masa panjang dan juga kes dimana berlaku ketumbuhan akibat daripada pergeseran yang berpanjangan,

#7 Bentan

Bentan terdapat 3 jenis ;

Bentan urat 
  • Badan ibu tiba-tiba lemah, demam serta bisa-bisa urat dan setiap sendi badan seperti lutut, menggigil kesejukan meskipun tengahari ( siap berselimut tebal pun masih terasa sejuk ), Seluruh otot badan tegang dan kekejangan.
  • Selalunya berlaku apabila ibu terlalu aktif atau melakukan aktiviti fizikal yang melampau.
Bentan Urat Peranakan / urat rahim ( ari-ari )
  • Kesakitan dibahagian ari-ari yang sederhana atau terlampau sakit sehingga tumpah darah. Kadang-kadang kesakitan ini menyebabkan lutut bertemu dagu sehingga susah untuk meluruskan badan si ibu.
  • Selalunya terjadi jika ibu-ibu mengangkat benda-benda berat.
  • Ibu digalakkan baring diatas lantai tanpa alas bantal dan alas punggung dengan 2 biji bantal. Atau ibu boleh sandarkan kaki pada dinding untuk kurangkan pengaliran keluar darah.
Bentan urat Besar ( Pinggang )
  • Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul yang dikenali sebagai urat sum. Ibu-ibu yang mengalami bentan urat besar ini akan merasa lenguh dan sakit diatas bahagian belakang. Selalunya terjadi kepada ibu bersalin secara pembedahan. Kadang-kadang kesakitan dibahagian pinggang dan tumit yang serius sampai ibu jalan terjingkit-jigkit. Jika dibiarkan ibu boleh berjalan capik seumur hidup.
Jadi sangat merbahaya sebenarnya jika tak berpantang selepas bersalin ne, semoga info yang saya berikan ini memberi manfaat kepada anda dan silalah berpantang selepas bersalin bagi mengelakan hal-hal diatas berlaku kepada anda ..

Terima kasih , sekian dari Saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan